? ??????????????The Best Thing? ????? ?? ???Rating: 4.5 (39 Ratings)??6 Grabs Today. 56439 Total Grabs. ??
????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Evil Pumpkin? ????? ?? ???Rating: 4.2 (100 Ratings)??6 Grabs Today. 12851 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????When I Fa BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Friday, November 6, 2009

cara berfikir mempengaruhi tindakan

Berfikir adalah satu proses bilamana otak dan pengalaman memproses maklumat. Aktiviti memproses ini melibatkan perubahan kepada maklumat. Perubahan maklumat yang dijalankan oleh otak dan pengalaman, terjelma dan dizahirkan dalam bentuk tindakan fizikal dan mental. Tindakan fizikal dan mental atau perlakuan adalah hasil daripada proses berfikir.
Berfikir boleh dibahagikan kepada dua jenis yang utama, iaitu berfikir secara menegak dan mendatar. Berfikir secara menegak (vertical thinking) ialah satu bentuk berfikir cara tradisional yang berteraskan kepada logik, kesinambungan dan urutan. Berfikir secara mendatar pula meliputi unsur kreativiti. Penyelesaian yang lebih baik sentiasa dicari-cari di samping luar biasa dan tidak tetap kepada satu cara sahaja. Mengikut pakar hampir 95% penyelesaian masalah yang kita lakukan melalui berfikir secara menegak manakala selebihnya dengan berfikir cara mendatar.
Sejak dua puluh tahun kebelakangan ini bidang kemahiran berfikir menarik minat ramai pengkaji. Selaras dengan minat dan keghairahan itu, mereka mencipta pelbagai konsep dan istilah bagi menghuraikan idea-idea berkenaan topik ini.
Kaedah-kaedah pemikiran yang telah mendapat perhatian para pengkaji antaranya ialah pemikiran logik yang juga dipanggil logik barat, kaedah pemikiran lateral atau paralel, kaedah pemikiran kreatif, kaedah pemikiran pemikiran saintifik yang berteraskan sains dan teknologi dan juga kaedah pemikiran Islam. Kajian-kajian mereka juga menitik beratkan cara-cara menyelesaikan masalah dan membuat keputusan menggunakan kaedah-kaedah pemikiran tersebut.
Dalam perbincangan ini saya tidak menyentuh secara mendalam tiap-tiap kaedah pemikiran yang terdapat dalam topik Teknik Berfikir ini. Saya cuma akan mengupas secara sepintas lalu sahaja kerana apa yang ditekankan ialah bagaimana kita boleh menyelesaikan sesuatu masalah menggunakan kaedah pemikiran yang terpilih. Di akhir tugasan ini saya akan mengupaskan secara terperinci cara menyelesaikan masalah menggunakan kaedah pemikiran Islam.Proses berfikirSejak Zaman Plato dan Aristotle lagi pengkajian tentang pemikiran telah dijalankan. Aristotle telah menyatakan ciri yang membezakan manusia daripada haiwan ialah keupayaan berfikir. Pada abad ke sembilan belas, pemikiran telah didefinisikan sebagai rangkaian idea yang berasosiasi. Melalui tesisnya, Dewey, 1921, telah menyatakan bahawa aktiviti berfikir merupakan satu daya usaha reorganisasi pengalaman dan tingkah laku yang dilakukan secara sengaja. Bagi Edward de Bono , 1976, pula menyebut bahawa berfikir sebagai sesuatu yang berlaku di dalam minda dan adalah satu proses yang sedar. Proses berfikir juga dinyatakan sebagai keupayaan menyelesaikan masalah atau daya usaha untuk mencapai sasuatu tujuan.
Berfikir sebenarnya adalah proses atau perilaku menyelesaikan masalah. Proses ini menekankan kemungkinan manusia mula berfikir untuk menyesuaikan diri dengan alam dan persekitaran. Dari situ, minda mula beroperasi untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran yang sukar. Prilaku berfikir sudah tentu menggunakan otak. Otak dilihat sebagai satu sistem yang mengatur dirinya sendiri. Sistem ini membolehkan sebarang sumber yang diterima oleh otak mengolah dan membentuk pola-polanya yang tersendiri.
Menurut Edward de Bono dalam toeri beliau berkenaan bagaimana minda beroperasi, menyebut bahawa otak berupaya mentadbir sendiri setiap maklumat yang diterima dan menukarkan kepada pola-pola yang tertentu. Katanya lagi, sepanjang hayat manusia, otak mencipta dan mengekalkan ribuan pola di mana pola-pola itu menjadi rutin pada proses manusia berfikir. Tanpa adanya pola-pola itu di dalam otak, manusia tidak mungkin dapat beroperasi seperti yang kita alami sekarang. Menurut beliau lagi, perbuatan sehari-hari seperti membaca, menulis, bercakap, mengenal rakan-rakan, melintas jalan dan berbagai lagi dapat kita lakukan kerana adanya pola-pola dalam otak kita.
Manusia berfikir menggunakan otak. Dari segi fisiologinya baik manusia ataupun binatang mempunyai otak. Malah dari segi bentuknya, tidak banyak beza antara otak manusia dengan otak binatang. Namun dari segi psikologinya, otak manusia sebenarnya jauh bezanya dari otak binatang. Ini kerana otak manusia boleh berfikir tetapi tidak bagi otak binatang. Aristotle pernah mentakrifkan manusia sebagai haiwan yang boleh berfikir.
Otak manusia terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu saraf tunjang, batang otak, diensefalon, serebrum dan sereblum. Setiap bahagian mempunyai fungsi-fungsinya yang tersendiri. Otak juga terbahagi kepada dua bahagian yang dikenali sebagai hemisfera kiri dan hemisfera kanan. Menurut kajian-kajian yang dijalankan dapatlah kita fahami umumnya bahawa hemisfera kanan khusus untuk pemikiran yang bersifat holistic, kreatif, imagenatif, perasaan dan seni manakala hemisfera kiri pula khusus untuk pemikiran yang bersifat terperinci, logik, rasional, matematik dan sains.
Untuk membekalkan tenaga yang mencukupi agar otak dapat menjalankan fungsinya dengan baik dan sentiasa berkeadaan cergas, sudah tentulah kasihatannya perlu dijaga. Dari sudut kesihatan, otak memerlukan tiga bahan nutrien yang utama iaitu oksigen, glukos dan protein. Di samping bahan-bahan asas ini, terdapat bahan-bahan tradisional lainnya yang biasa digunakan untuk membekalkan tenaga kepada otak seperti ginseng dan gingko biloba.
Namun sebenarnya keupayaan otak mencipta dan mengekalkan pola-pola serta kecergasan tenaganya adalah atas kuasa dan anugerah Tuhan yang tidak ternilai. Sebagai seorang yang beragama Islam, kita telah sedia mempercayai dan menyakini setiap apa yang kita dapat lakukan dalam penghidupan kita ini, termasuklah berfikir adalah atas khudrat Allah. Telah ditakdirkan juga andai kita adalah seorang yang mahir berfikir ataupun termasuk dalam golongan yang terencat akal, semuanya adalah takdir dariNya. Jika kita telah ditentukan pada suatu hari akan hilang keupayaan untuk berfikir, itu juga adalah atas kuasa Yang Maha Esa.
Segala teori-teori pakar pemikir adalah benar dari sudut pemikiran, namun kita mesti berbalik kepada kuasa maha pencipta dalam segenap aspek pemikiran kita. Barulah kita boleh dikategorikan sebagai manusia yang berkeupayaan mengolah pola-pola pemikiran yang telah tercipta dalam minda kita. Sebagai manusia, kita juga harus berusaha untuk membantu diri kita setelah dijadikan sebagai makhluk yang sempurna.Kaedah pemikiran logikPemikiran secara logik ialah cara kita melihat sesuatu dan daya usaha untuk mengenal pasti apa yang salah dan apa yang betul mengikut logiknya. Logik tentang sesuatu perkara dari segi akal manusia semata-mata dan logik berdasarkan realiti alam sebenar. Logik akal semata-mata juga disebut logik matematik manakala logik berdasarkan realiti alam sebenarnya juga disebut logik natural atau logik alam. Perkataan logik itu sendiri memberi maksud akal dan hujah dalam bahasa Yunani dan dalam Bahasa Inggeris bermaksud ‘reason’ iaitu sebab. Jadi untuk melihat sesuatu perkara melalui pemikiran logik kita mesti ada sebab yang boleh diterima oleh akal.
Banyak pemikiran yang betul dari segi logik akal terbukti salah jika dilihat dari sudut realiti alam dan kehidupan sebenarnya. Pemikiran logik ini amat berguna terutama apabila kita hendak mencari sebab dan akibat tentang sesuatu perkara dengan perkara lain dan satu peristiwa dengan peristiwa yang lain. Pemikiran logik ini juga berguna untuk mencari kesimpulan atau deduktif dan untuk mempertahankan hujah tentang sesuatu idea, cadangan atau pandangan.
Pemikiran logik atau lebih dikenali tradisi pemikiran barat telah dimulai oleh tiga orang takoh falsafah Yunani yang terkenal iaitu Socrates, Plato dan Aristotle. Socrates menyampaikan siri pemikirannya melalui percakapannya berbanding Plato dan Aristotle yang banyak menghasilkan karya. Plato diiktiraf sebagai pendiri tradisi pemikiran barat sementara Aristotle diiktiraf sebagai pendiri pemikiran logik. Sumbangan Socrates pula hanya diketahui melalui tulisan-tulisan Plato.
Pemikiran logik mementingkan konsep ‘betul’ dan ‘salah’. Pendokong pemikiran ini percaya dengan membuang apa yang salah maka mereka akan menemui kebenaran. Pemikiran adalah berdasarkan dan mementingkan ‘apa’ dan ‘ialah’ iaitu apa yang berlaku mesti diikuti dengan sebab-sebabnya. Contohnya, jika pesakit diberi rawatan maka dia akan selamat atau jika hari hujan, kita akan basah.Contoh lainnya ialah, jika tidak bekerja sudah tentu tiada wang atau pun kalau bekerja bergaji besar mesti ada banyak wang. Jadi jelaslah dalam pemikiran logik setiap apa yang berlaku mesti ada alasannya yang boleh diterima akal semata-mata atau boleh diterima oleh realiti alam.
Pemikiran logik juga menampilkan berdebat atau berhujah sebagai satu konsep yang penting. Secara amnya, orang berhujah untuk meyakinkan orang lain supaya menerima pendapat-pendapatnya di mana dia percaya pendapat-pendapatnya itu adalah benar dan patut diterima oleh orang lain sebagai benar juga. Dalam pemikiran logic, bukti yang dikemukakan dalam hujah dipanggil premis manakala dakwaan yang dipertahankan dalam hujah disebut kesimpulan. Berhujah adalah satu usaha untuk mempertahankan kesimpulan.
Contohnya, ‘Merokok membahayakan kesihatan. Oleh itu jangan menghisap rokok.’
Merokok itu bahaya. (premis)
Merokok bahayakan kesihatan. (premis)
Oleh itu jangan menghisap rokok. (kesimpulan)
Contoh-contoh lain pemikiran logik ialah;
a). Wang dapat memenuhi keperluan manusia. Wang dapat digunakan untuk membeli
barang keperluan dan apa sahaja yang kita ingini. Oleh itu, dengan memiliki lebih
banyak wang, lebih banyak keperluan manusia dapat dipenuhi. Dengan demikian
semakin banyak kita memiliki wang, semakin baik.
b.) Agama mengajar manusia supaya melakukan kebaikan dan menjauhi kejahatan. Oleh
itu orang yang beragama akan melakukan perkara-perkara baik dan tidak akan
melakukan perkara-perkara yang jahat.

Kemahiran berfikir secara logik sudah diajar di dalam mata-mata pelajaran di sekolah. Para pelajar hanya perlu menyedari dan memahami cara menggunakannya.
Kaedah pemikiran saintifik
Pemikiran saintifik adalah satu proses berfikir yang bermula daripada pengalaman deria atau pancaindera untuk mendapat kebenaran dan pengetahuan. Pemikiran saintifik juga berasaskan prinsip rasional dan logik kerana sesuatu yang tidak rasional dan tidak logik dengan sendirinya juga dianggap tidak saintifik. Sebab itulah bagi mereka yang terlalu berpegang kepada ajaran logik semata-mata akan menolak adanya wahyu dan mukjizat kerana dianggap tidak logik. Dalam pemikiran saintifik tumpuannya adalah lebih kepada prinsip empirikal iaitu bukti saintifik.
Pemikiran saintifik memerlukan bukti yang secukupnya dan meyakinkan sebelum sesuatu idea itu dapat diterima. Contohnya dakwaan menyatakan permukaan bulan dan matahari itu indah. Kenyataan ini berdasarkan pandangan mata kasar dadi jauh. Namun pendapat itu tidak dapat deterima sebelum ada bukti-bukti saintifik yang boleh menyokong pendapat tersebut. Setelah ujian demi ujian dan dijalankan hipotesis, bukti-bukti dikumpulkan, maka kenyataan sebenarnya amat bercanggah dengan pendapat pertama tadi.
Melalui kaedah matematik dan cerapan teleskop, Galileo, seorang profesor matematik dan atonomi Itali telah berjaya membuktikan bahawa permukaan bulan dan matahari tidak seindah dan selicin seperti yang didakwa oleh ajaran Gereja, sebaliknya berbukit-bukit, berkawah dan bergunung-ganang seperti permukaan bumi juga. Bahkan bintik-bintik seperti jerawat di matahari itu juga kelihatan tenggelam timbul dari arah yang bertentangan. Kajiannya juga menunjukkan bahawa matahari berputar seperti gasing. Jadi jelaslah kaedah pemikiran saintifik ini memerlukan bukti-bukti empirikal yang cukup dan meyakinkan barulah sesuatu idea, pendapat atau pandangan itu dapat diterima tanpa ragu-ragu.
Dalam pemikiran saintifik ada beberapa prinsip seperti prinsip empirikal, yang bertolak daripada pancaindera sebagai sumber ilmu yang sebenar, prinsip rasional yang berteraskan logik, prinsip objektif, yang melihat adanya pemisah mutlak antara subjek dengan objek, dan prinsip kausaliti, yang berdasarkan hukum sebab dan akibat.
Di samping prinsip-prinsip saintifik tersebut, amalan kaedah eksperimental sebenarnya yang mencirikan keseluruhan pemikiran saintifik. Kaedah eksperimental ini secara ringkasnya ialah kaedah uji kaji. Untuk menjelaslah sesuatu idea, pendapat ataupun pandangan, melalui kaedah eksperimental ini mesti melalui prinsip-prinsip induktif seperti pengamatan, pengukuran, penjelasan dan pemeriksaan. Urutan sesuatu kajian secara saintifik ialah pernyataan masalah, pernyataan hipitesis, kaedah penyelidikan dan seterusnya mendapat hasil penyelidikan. Dengan itu lengkaplah kronologinya dan sesuatu idea, pendapat dan pandangan itu boleh diterima secara pemikiran saintifik.
Kaedah pemikiran kreatif
Pemikiran kreatif bermula dengan pemikiran saintifik kerana dengan berfikir secara saintifiklah mampu membentuk sesuatu yang baru dan berjaya menyelesaikan masalah-masalah manusia. Kejayaan dan kemampuan sains yang sangat besar mendorong kepada lahirnya sifat kreatif yang dianggap sebagai sesuatu yang cukup membanggakan. Dengan berlatar belakangkan pemikiran saintifik itulah lahirnya kajian-kajian empirikal tentang kreativiti oleh tokoh-tokoh pendidikan dan psikologi.
Pemikiran kreatif lebih kepada kemampuan menghasilkan idea-idea baru dan tanggapan baru. Idea yang dihasilkan itu bukanlah seperti idea biasa yang ada sekarang malah kadang-kadang kelihatan agak gila-gila dan tidak logik. Idea bagi orang yang berfikiran kreatif ada kalanya kelihatan pelik bagi orang yang berfikiran biasa. Orang yang pemikirannya kreatif mengutamakan cara lain untuk melihat sesuatu perkara atau permasalahan. Bagi mereka semakin banyak sudut pandangan yang digunakan semakin baik.
Pemikir kreatif juga memberi fokus kepada usaha mahu mengubah idea yang ada pada masa itu. Tujuan utama pemikiran ini adalah untuk menghasilkan sesuatu yang baru atau membawa perubahan, bukannya semata-mata meneruskan sahaja apa yang ada sekarang. Orang yang kreatif, mindanya sentiasa memikirkan sesuatu yang lain daripada yang orang lain fikirkan. Pendek kata kemampuan mereka adalah lebih daripada orang lain.
Mereka yang berjaya menghasilkan idea-idea kreatif ini tidak semestinya terdiri daripada mereka yang cemerlang dalam akademik, kerana ketinggian IQ bukanlah jaminan kekreatifan individu. Banyak kes, mereka yang tahap IQnya sederhana tetapi mencapai tahap kekreatifan yang begitu tinggi.
Berfikir cara kreatif akan menuntut kita sentiasa mencari cara baru untuk menggantikan penyelesaian yang sedang digunakan . Dalam proses mencari cara baru ini pendokong pemikiran kreatif tidak akan cepat berpuas hati dengan hanya satu jawapan sahaja. Seboleh-bolehnya pelbagai idea diterima. Pemikir ini mesti terus berusaha supaya tidak cepat berhenti berfikir sebaik mendapat idea pertama sebaliknya terus berfikir kerana mungkin idea-idea yang seterusnya akan lebih baik daripada idea yang pertama tadi. Idea-idea yang disumbangkan akan diperbincangkan kesemuanya, tidak dikritik seperti dalam pemikiran logik barat yang hanya mementingkan jawapan betul atau salah.
Kajian-kajian yang dibuat oleh pakar-pakar psikologi dan pakar-pakar kreativiti membuktikan bahawa daripada sekian banyak idea, akan muncul satu idea yang bagus. Thomas Edison misalnya telah mencipta kira-kira 3000 idea tentang elektrik. Hanya dua idea-idea itu berjaya dan dapat dipatenkan.
Pemikiran kreatif melihat idea yang baik tidak perlu kelihatan logik pada awalnya. Pemikiran kreatif ini juga gemar melihat secara logik songsang. Ciri utama orang-orang kreatif ialah mereka memiliki autonomi intelektual yang tinggi. Mereka membuat keputusan berdasarkan pendapat mereka sendiri dan tidak suka terikut-ikut pendapat orang ramai.. Mereka juga tidak mahu mengalah pada tekanan masyarakat. Dalam erti kata lain, mereka tidak memiliki mentaliti ‘apa orang lain kata’. Antara ciri-ciri individu kreatif ialah tidak suka dikongkong, tidak dahagakan pengiktirafan, sedia bertanggungjawab, berani menanggung risiko, bersikap terbuka dan yang paling penting ialah berjiwa redikal, berani mencabar perkara-perkara pokok serta tidak gentar menongkah arus.
Kaedah pemikiran lateral
Pemikiran lateral adalah merupakan satu daripada cabang pemikiran kreatif. Pemikiran ini diasaskan oleh Dr. Edward de Bono yang mulai melibatkan diri dalam bidang kemahiran berfikir pada tahun 1965. Pada tahun 1967, pemikiran ini mulai dikenali dengan nama Pemikiran Lateral. Walaupun merupakan satu fenomena baru tetapi dari segi asas-asas pemikirannya banyak dipengaruhi oleh aliran-aliran falsafah yang terdahulu.
Pemikiran lateral atau nama lainnya pemikiran selari ini mengemukakan idea-idea yang seiringan atau bergandingan antara satu sama lain. Idea-idea yang diketengahkan tidak ada percanggahan, pertentangan, pertikaian dan pertimbangan betul atau salah. Semua idea, pandangan dan pendapat diterima dan didalami dengan teliti. Manakala keputusan pula diperolehi melalui proses mereka bentuk.
Pemikiran lateral bersifat generatif. Matlamat pemikiran ini adalah untuk menerbitkan perubahan, demi perubahan itu sendiri dan peralihan daripada konsep lama kepada konsep baru. Pemikiran ini juga sentiasa berusaha mencari alternatif-alternatif baru dan tidak minat membuktikan apa yang betul atau salah sebaliknya berminat mencari apa yang berlainan.
Dalam pemikiran lateral, idea-idea yang betul atau salah dilihat sama pentingnya. Sempurna, lemah atau salahnya idea tersebut tidak menjadi soal kerana idea-idea yang cacat atau salah tetap berguna kepada pemikir lateral. Idea-idea tersebut digunakan sebagai pencetus bagi menerbitkan idea-idea yang baru dan menyusun pola-pola pemikiran yang lebih canggih. Pemikiran lateral juga tidak berminat kepada perkara yang jelas dan nyata.
Fokus pemikiran ini ialah untuk membolehkan otak melompat ke depan dari satu konsep ke satu konsep lain. Minat utama pemikiran ini ialah menjelajah hingga ke perkara-perkara di luar batas. Habit ini menguntungkan kerana jikalau selepas mencari dan menjelajah ke pelbagai kotak fikiran, dan didapati kita tidak dapat menghasilkan idea-idea baru, kita tetap boleh kembali pada idea-idea yang biasa.
Pemikiran lateral juga tidak mementingkan logik sesuatu idea, pendapat atau pendangan itu. Perkataan-perkataan seperti “oleh sebab” atau “oleh kerana” tidak dipakai sebaliknya perkataan-perkataan seperti “barangkali”, “boleh jadi”, “kemungkinan” dan sebagainya adalah menjadi keutamaan. Jadi konsep sebab dan akibat sudah pasti tidak digunakan dalam pemikiran ini.
Pelbagai teknik berfikir diperkenalkan delam pemikiran lateral antaranya yang terkenal ialah teknik CoRT, teknik Enam Topi dan bermacam lagi yang jika diguna dapat melatih dan menggalakkan kita berfikir secara kritikal dan kreatif. Kaedah pemikiran Islam
Pemikiran Islam ialah cara berfikir yang berteraskan wahyu dan sunnah iaitu berpandukan Al-Quran dan Hadis. Pemikiran Islam bersifat rasional, intelektual, moral dan spiritual. Dalam pemikiran Islam kita percaya ada perkara-perkara yang wajib diamalkan, juga sunat, makruh dan haram.
Pemikiran islam pada umumnya mempunyai aliran-aliran yang tertentu. Ada empat aliran yang besar iaitu aliran yang bersumberkan wahyu semata-mata, aliran yang bersumberkan wahyu dan akal, aliran yang bersumberkan akal dan wahyu dan aliran yang bersumberkan akal semata-mata.
Aliran yang bersumberkan wahyu semata-mata adalah merupakan pegangan para Nabi dan Rasul serta pengikit generasi pertama Islam yang berpandukan al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad S.A.W. Aliran yang bersumberkan wahyu dan akal sebagai pembantunya muncul selepas kewafatan Nabi Muhammad S.A.W. Aliran ini juga menerima pengaruh tamadun asing dan akhirnya terbentuklah pelbagai mazhab.
Aliran yang bersumberkan akal dan wahyu sebagai penyokongnya pula berasal dari tamadun Yunani. Aliran ini berteraskan ilmu logik dan suka memutarbelitkan kebenaran al-Quran. Aliran yang bersumberkan akal semata-mata sebenarnya bukanlah sebahagian daripada pemikiran Islam kerana mereka ini tiada bezanya dengan pemikiran logik barat yang hanya mementingkan akal dan tidak berbalik kepada hukum alam serta maha penciptanya.
Pemikiran Islam menekankan dua kaedah utama iaitu kaedah naqliyyah yang bersumberkan wahyu dan kaedah aqliyyah yang merujuk kepada penggunaan akal dan berteraskan wahyu. Kaedah pemikiran Islam memberi penumpuan kepada mendalami ilmu al-Quran dan ilmu al-Hadis. Pemikiran Islam juga mementingkan penggunaan akal tetapi hanya bagi perkara-perkara yang tidak ada nas yang jelas dan nyata tentang kedudukan hukumnya. Penggunaan akal bukanlah bebas tetapi sandaran syarak.
Berdasarkan huraian ringkas ini, jelaslah bahawa cara manusia berfikir boleh mempengaruhi tindakan dan perlakuan yang berbeza bagi setiap individu. Ada bermacam corak pemikiran yang telah dibincangkan, antaranya corak pemikiran logik, corak pemikiran saintifik, corak pemikiran selari, corak pemikiran kreatif dan corak pemikiran Islam. Setiap corak pemikiran pula berbeza walaupun saling ada hubung kait antara satu sama lain.
Kajian tentang Teknik Berfikir kini semakin mendapat perhatian pakar-pakar falsafah psikologi dan pendidikan. Pelbagai Teknik Berfikir diperkenalkan, daripada berfikir menggunakan pemikiran logic sehinggalah yang paling terkini Teknik Berfikir menggunakan pemikiran selari dan kreatif yang mula diperkenalkan oleh Dr. Edward de Bono pada tahun 1965.
Teknik ini mengajar kita melihat sesuatu dengan lebih terbuka dan lebih menghargai idea, pendapat dan pandangan orang lain. Tidak secara langsung, teknik pemikiran ini akan lebih mengakrabkan lagi hubungan sesama manusia dan hubungan manusia dengan alam. Keterbukaan minda akan memudahkan manusia menangani sebarang masalah yang datang dalam kehidupan. Kepelbagaian Teknik Berfikir ini juga membolehkan manusia mengadaptasikannya ke dalam kehidupan dan membantu dalam menyelesaikan sebarang masalah dengan lebih berkesan lagi.

cara-cara berfikiran kreatif

Bergembira & berseronok- idea hebat sering datang bila kita sedang seronok atau bergembira. Contoh, kalau saya tengok ketika workshop jutawan Internet, sesi brainstorming idea, kumpulan yang banyak idea hebat, pastinya datang dari kumpulan yang banyak gelak/bising/ketawa… they are having fun! Idea mudah datang bila kita have fun!
Fikir macam budak- Budak-budak banyak idea. Lihat sahaja anak-anak kita (atau anak-anak orang kalau belum ada anak ). Sebabnya, budak-budak tak meletakkan had atau limit pada sesuatu penyelesaian. Kita yang dah dewasa selalu meletakkan “limit” pada sebarang penyelesaian. Sebab itu, kita menjadi tidak kreatif. jadi, fikir seperti budak 6 tahun! (mungkin budak juga sering gembira… sebab itu dapat banyak idea?)
Ketahui bahawa ada BANYAK penyelesaian kepada apa sahaja masalah. Bukan hanya SATU! Bila kita fikir hanya ada sATU penyelesaian, kita akan berusaha cari SATU CARA tersebut. Bila fikir SATU, tiada idea yang datang kerana kita akan fikir untuk mendapatkan SATU YANG PERFECT/SEMPURNA. Bila berfikir, fikir BANYAK penyelesaian. Bila memikirkan terdapat BANYAK penyelesaian, kita akan rasa bebas berfikir macam-macam dan tidak hadkan idea kita.
So, di atas adalah 3 tip saya selalu gunakan untuk menjana idea dan menjadi kreatif Sebagai tambahan, maksud “kreatif” adalah “menambah nilai” atau “improve”. Kalau kita fikir begini, lagi mudah untuk jadi kreatif walaupun kita bukan orang yang kreatif!

Tuesday, November 3, 2009

ISLAM AGAMA KU...


KALIGRAFI


RAHSIA DI SEBALIK SOLAT

Rukuk’ & Sujud
Seharian kita menjalankan ibadat solat 5 kali sehari semalam. Ia terbina dengan 17 rakaat iaitu 2 bagi solat Subuh, 4 untuk Zohor, Asar dan Isya’ dan 3 untuk Maghrib. Pada setiap rakaat pula kita membaca Al-Fatihah yang mengandungi 7 ayat, melakukan 1 X Ruku’ dan 2 X Sujud dengan 1 X duduk diantaranya.
Di dalam buku Metamatika Islam karangan KH. Fahmi Basya, beliau menjelaskan bahawa ketika kita telah melakukan 1 rakaat dalam solat, sesungguhnya kita sudah melakukan satu putaran yang terdiri atas satu kali ruku’ dan dua kali sujud. Saat ruku kita membentuk sudut 90° posisi berdiri tegak. Sedangkan saat sujud kita membentuk sudut 90°+45°=135° dari posisi tegak. Maka tatkata kita lengkap melakukan 1 ruku’ dan ditambah dua sujud, jumlah sudutnya adalah 90° + 135° + 135° = 360° atau satu lingkaran penuh. Umpama TITIK AWAL yang melingkar penuh lalu menemukan TITIK AKHIR dengan awalannya. PENUH bermaksud SEMPURNA.
Pada setiap rakaat, melalui lingkaran yang penuh ini rakaat itu menjadi sempurna lalu kita ulanginya lagi dan lagi mengikut perkadaran jumlah rakaat solat yang ditunaikan. Bukankah solah itu membentuk KESEMPURNAAN. Melatih energi dalaman agar terjana penuh. Umpama PUSARAN KIPAS yang lengkap putarannya. Lalu, 17 rakaat sehari semalam ini membawa kepada 17 lingkaran penuh (BULATAN 360°) atau PUSARAN LENGKAP KIPAS YANG MENJANAKAN ENERGI TUBUH. Jika dihalusi lagi, angka 1 dan 7 (pada jumlah 17 ini) akan membawa kepada angka 8 (iaitu 1+7=8) dan 8 adalah satu-satunya angka yang TIDAK PUTUS (titik awal bertemu titik akhir). Ia juga seumpama bentuk BILAH KIPAS yang digambarkan tadi.